DI DALAM sebuah negeri terdapat 3 ekor kambing yang hidup meragut
rumput di sebuah padang yang amat luas. Kehidupan mereka sungguh
harmoni, aman dan damai serta tolong menolong dan bekerjasama
melawan serangan musuh. Kerana mereka bersatu padu, tidak ada musuh
yang berani menghampiri mereka.
Penghulu mereka, Puteh, sesuai dengan warnanya, adalah yang paling
tua di antara kambing-kambing itu dan amat prihatin terhadap 2 ekor
kambing di bawah tanggungjawabnya; Hitam dan juga Oren!
Pada suatu hari, kelihatan seekor serigala dari celahan bukit sambil
memerhatikan segala tindak tanduk Puteh, Hitam dan terutama sekali
si Oren. Selama 3 hari sang serigala berkeliaran di
kawasan tersebut, meninjau dari setiap sudut dan penjuru seolah-olah
membuat perkiraan taktik dan strategi.
Pada hari ke-4, sang serigala dengan bersusah payah menyembunyikan
taringnya turun ke lembah padang ragut dan bertemu dengan
kambing-kambing tersebut.
wahai kambing-kambing yang budiman, aku amat memuji akan tingkah
laku kalian yang tinggal bersama-sama tolong menolong sesama kamu,
hidup dengan aman dan bahagia,?kata sang serigala dengan nada yang
lembut. jika beginilah amalan kamu, maka tidak hairanlah tiada
gangguan yang menimpa kamu.
oh! Terima kasih atas pujian mu sang serigala. Nampak sungguh kamu
mempunyai budi pekerti yang sangat tinggi dan budi bahasa yang
sangat lembut,?balas Puteh sambil yang lain mengangguk-angguk setuju
dan gembira dengan kata manis si serigala.
Kemudian pada hari berikutnya, sedang si Oren meragut rumput agak
jauh dari kumpulan tersebut, sang serigala berjumpa dengan si Puteh
dan si Hitam bagi melaksanakan rancangan jahatnya. Dia berkata
dengan bahasa yang manis bahawa amatlah pelik bagi seekor kambing
berwarna oren. Dia mencadangkan agar dibiarkan sahaja kambing oren
itu dimakan olehnya agar lebih luas lagi padang ragut milik kambing
berdua tersebut. Setelah berfikir sejenak, mereka berfikir bahawa
benar dakwaan si serigala. Maka mereka membenarkan si serigala
memakan Oren.
Keesokan harinya, Puteh dan Hitam mengajak Oren untuk menikmati
rumput-rumputan liar di sebalik bukit. Setelah beberapa ketika,
dengan sengaja Puteh dan Hitam mengundur diri untuk pulang
meninggalkan si Oren bersendirian. Tiba-tiba sang serigala muncul
dari balik pohonan.
apa yang kau mahu?,?kata Oren.
engkau, wahai Oren, adalah makanan aku pada hari ini. Dan yang lebih
hebat dari itu ialah..... kawan-kawan kau, si Puteh dan si Hitam,
merelakannya. Hahaha!
Oren amat terkejut mendengar kata-kata ini lalu tertumpahlah
darahnya di atas muka bumi.....
Setelah beberapa bulan lamanya strategi yang sama digunakan oleh
sang serigala untuk membaham Hitam. Si Hitam membiarkan sahaja
dirinya diterkam setelah tahu itu adalah kemahuan Puteh! Dan
akhirnya, pada bulan berikutnya, tibalah giliran si Puteh. wahai
Puteh, apakah kau tahu apa yang akan terjadi pada hari ini??
aku tahu, wahai serigala.?Jawab si Puteh
apakah kau akan membiarkan sahaja aku membaham engkau seperti yang
lainnya?!? ya.."Tapi mengapa?!?tanya sang serigala.
kERANA SESUNGGUHNYA AKU TELAH PUN MATI SETELAH AKU MERELAKAN ENGKAU
MEMAKAN SAHABAT KU SI OREN..........?
Moral:
Puteh, Hitam dan Oren mempamerkan Islam itu dianuti oleh berbagai
rupa, budaya, bangsa dan warna kulit, pelbagai pemikiran, jamaah dan
mazhab.
Sesungguhnya Muslim itu bersaudara. Jika seseorang Muslim itu sakit
atau dalam kepayahan maka Muslim yang lain juga turut merasai
keperitan.
Komuniti Islam haruslah bersatu padu di dalam ketumbukan supaya
tidak mudah untuk diganggu dan dicerobohi musuh. Setiap individu
Muslim adalah merupakan salah satu daripada penjuru-penjuru benteng
Islam, maka hendaklah kita menjaga penjuru KITA dengan sebaik yang
mungkin.
Sifat tamak (harta, pangkat dan kekayaan) serta hasad dengki hanya
akan merugikan ummah, dan itulah yang sentiasa disogok oleh musuh.
Musuh tidak akan berhenti untuk menghasut dan menyuntik jarum-jarum
kacau- bilau di dalam masyarakat Islam.
Perancangan musuh amat sistematik dan terperinci dalam memerangi
kita maka seharusnya kita juga mesti begitu.
Darah Muslim di dalam dunia hari ini sangat murah! Di seluruh dunia,
umat Islam ditindas dan dibunuh. Maka
tertumpahlah darah Muslim di atas muka bumi.............. setiap
saat yang berlalu. Tik!, tik!, tik!, tik!....
AYUH,SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI.
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
9 months ago
0 comments:
Post a Comment