BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 18 September 2011

BEBAS DARI MHS UM..

BISMILLLAH..
ASSALAMUALAIKUM WBT.

Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain.. syukur ke hadrat ilahi dgn nikmat masa lapang yg dianugerahkanNya,dapat lagi ana mengepost sesuatu dlm blog ni. insyaALLAH sesuatu yg memberi manfaat kpd si pembaca yg budiman.

fikiran ana teringat peristiwa sewaktu mhs di um... minggu yg mungkin tidak dilupakan dlm benak fikiran ana. ada sesetengah program yg berfaedah dan sebaliknya. kami dibarisan pelajar api (akademi pengajian islam) hanya mampu menggelengkan kepala tatkala melihat suasana yg cukup berlainan dgn suasana kami di um nilampuri dulu. penuh dgn hiburan yg melampau dan ke'cheers'an yg amat tidak menyenangkan sesetengah pelajar,khususnya pelajar api. berbanding di nilampuri yg penuh dgn makanan rohani yang membentuk diri agar menjadi insan yg berguna kpd agama,bangsa dan negara,insyaALLAH.

pada mlm terakhir adalah mlm kemuncak bg pm(pembantu mahasiswa) mengkonduct freshies melakukan cheers yg plg mantap bg mereka. ditahan sahaja air mata dari menitis ketika berada dlm suasana tersebut, ya ALLAH,beginilah keadaan hambaMU pada zaman sekarang. astagfirullahalazim.....

lau kanar rasul bainana,alangkah sedihnya baginda melihat situasi sedemikian berlaku di kalangan umatnya sendiri. pasti akan menitis air mata baginda, terasa begitu besar tanggungjawab yg perlu dipikul dan digalas apabila melihat pelajar2 menjadi tidak tentu arah akibat aktiviti yg ditetapkan oleh pm2. perlu adanya perubahan!!!

ya,tanggungjawab kami utk mengembalikan semula mereka ke arah syariat hidup islam yg sebenar. kita bkn sekadar mad'u tetapi daie kepada mereka yg kurang kefahaman tentang islam. islam bukan hanya sekadar melakukan ibadah wajib semata-mata. tapi, islam itu syumul, memerlukan kpd kefahaman yg jelas untuk mempraktikkannya dlm kehidupan seharian yakni dalam pemerintahan,kekeluargaan, politik, ekonomi dll.

semoga mhs kali ini menjadi iktibar buat diri ana dan sahabat-sahabat yang lain dalam masa yang sama membuat perancangan untuk mengembalikan semula islam di bumi UM khususnya dan di seluruh dunia umumnya. diharapkan juga ALLAH akan menetapkan hati-hati kami atas jalanNYA. aminn

0 comments: