skip to main |
skip to sidebar
Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan ‘aqidah adalah bersifat menyeluruh.
Bagaimana memperjuangkan aqidah:
· Tarbiyyah
Amal perbuatan yang dilakukan dalam ruang lingkup tarbiyyah akan mencapai matlamat yang diimpikan jika ia berasaskan kekuatan aqidah yang sebenar-benarnya. Usaha yang dilakukan utuk menjadikan aspek tarbiyah sebagai sumber kekuatan individu dan masyarakat akan dapat dijayakan jika ia berasaskan perjuangan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. sebagai contohnya, untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat agar meninggalkan amalan yang mungkar dan kembali kepada cara hidup Islam akan dapat dilaksanakan dengan berkesan jika ia disandarkan kepada kekuatan aqidah. Usaha ini tidak berhenti di tengah jalan kerana ia lahir dari asas utama iaitu aqidah. Perjuangan untuk meningkatkan pentarbiyahan di kalangan masyarakat akan berterusan sehinggalah ajaran Islam dapat ditegakkan sepenuhnya.
· Dakwah
Perjuangan menyeru manusia kepada jalan Allah akan dapat dilaksanakan dengan baik jika ia dilakukan di atas dasar aqidah sebenarnya. Usaha dan amal yang dilakukan dalam bidang dakwah ini akan melahirkan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan sehiggalah masyarakat kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Tidak akan timbul persoalan putus harapan dan perasaan kecewa jika usaha dakwah ini berasaskan aqidah yang kukuh kerana yakin dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
· Jihad dan pengorbanan
Asas aqidah penting dalam aspek jihad serta pengorbanan untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi. Usaha untuk menjadikan Islam sebagai tuan di muka bumi ini dapat direalisasikan jika kesedaran dan tanggungjawab untuk berjuang mempertahankan kedaulatan Islam lahir dari kekuatan aqidah serta berpegang kepada tali Allah. Perjuangan ini akan dilakukan secara bermati-matian sehinggalah Islam dapat ditegakkan.
· Mehnah dan Tribulasi
Apa jua amal yang dilakukan untuk menegakkan Islam akan diuji dengan pelbagai mehnah yang pastinya dapat menguji sejauh mana kekuatan dan kesabaran manusia. Perjuangan yang dilakukan untuk Islam tidak akan goyah walau seribu ujian yang melanda jika disandarkan kepada asas aqidah yang kukuh dan pertolongan dari Allah S.W.T. malah ia meningkatkan lagi tahap keimanan dan kesabaran kepada Allah. Ia tidak akan gentar dan rebah dengan halangan yang mencabar, malah berjuang secara bersungguh-sungguh demi menegakkan Islam yang tercinta.
semoga terus thabat (tetap) di atas jalanNYA..
0 comments:
Post a Comment