BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 16 October 2011

AISYAH UMMUL MUKMININ (RIWAYAT SI HUMAIRA')

nama, nama timangan dan keturunan aisyah
  
Aisyah terkenal dgn nama panggilan as-siddiqah(perempuan yg berkata benar). ada kisah menyebut nama timangannya adalah humaira', yg bererti kemerah-merahan. namun tiada bukti yg sohih atau jelas berkenaan perkara ini. nabi muhammad lebih gemar memanggilnya bintus-siddiq( anak gadis kepada lelaki yang berkata benar yakni abu bakar).
  
    aisyah juga turut dikenali dengan panggilan ummul mukminin(ibu bg seluruh orang mukmin). selain itu, beliau juga digelar ummu abdillah(ibu saudara abdullah). rasulullah bersimpati di atas kesedihan aisyah kerana tidak dikurniakan cahaya mata lalu menyuruhnya memakai gelaran ummu abdillah.

    nama sebenar bapa aisyah adalah abdullah, tetapi beliau lebih dikenali dengan panggilan abu bakar as-siddiq. ibunya pula bernama ummu ruman. kedua ibu bapa aisyah adalah daripada suku bangsa arab yang disebut quraisy. abu bakar berketurunan taim,manakala ummu ruman berketurunan kinanah.

0 comments: