Sunday, 16 October 2011
Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu
Posted by Wardah Mujahidah at 23:39 0 comments
Labels: ISLAMIK
AISYAH UMMUL MUKMININ (RIWAYAT SI HUMAIRA')
nama, nama timangan dan keturunan aisyah
Aisyah terkenal dgn nama panggilan as-siddiqah(perempuan yg berkata benar). ada kisah menyebut nama timangannya adalah humaira', yg bererti kemerah-merahan. namun tiada bukti yg sohih atau jelas berkenaan perkara ini. nabi muhammad lebih gemar memanggilnya bintus-siddiq( anak gadis kepada lelaki yang berkata benar yakni abu bakar).
aisyah juga turut dikenali dengan panggilan ummul mukminin(ibu bg seluruh orang mukmin). selain itu, beliau juga digelar ummu abdillah(ibu saudara abdullah). rasulullah bersimpati di atas kesedihan aisyah kerana tidak dikurniakan cahaya mata lalu menyuruhnya memakai gelaran ummu abdillah.
nama sebenar bapa aisyah adalah abdullah, tetapi beliau lebih dikenali dengan panggilan abu bakar as-siddiq. ibunya pula bernama ummu ruman. kedua ibu bapa aisyah adalah daripada suku bangsa arab yang disebut quraisy. abu bakar berketurunan taim,manakala ummu ruman berketurunan kinanah.
Posted by Wardah Mujahidah at 23:19 0 comments
Labels: ISLAMIK
Sunday, 9 October 2011
APA YANG ADA PADA TUDUNG KITA?????
Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drpd calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.
Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang- kadang tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drpd mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.
Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya.
Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.
Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.
Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.
Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari ini sudah menurun.
Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal- awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan berjalan- jalan di taman bunga atau di tempat tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu. nauzubillahi min zalik.
Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.
Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."
Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.
Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.
Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya. Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.
Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian,betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.
Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata. "(^_^)
Posted by Wardah Mujahidah at 22:28 0 comments
Labels: ISLAMIK