BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 12 July 2018

MENCARI KERJA SAMPINGAN ATAU TETAP TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH?? MAHU KERJA YANG MUDAH??


Anda boleh tekan sahaja link di bawah untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang keemasan ni tau!

http://umymoney.club/9337632980353/

Saturday 25 June 2016




Promosi Istimewa Sempena Ramadhan dan Syawal !!!🌸
.
Set Mini MPS (multipurpose) Sutra sebagai Hadiah Istimewa untuk yang tersayang atau sesuai juga dijadikan sebagai Corporate Gift
.
Set 6 dalam 1 (inclusive Box) mengandungi
🌸 1 Mini MPS Sutra Rose Sensation,
🌸 1 Mini MPS Lavender,
🌸 1 Mini MPS Pandan,
🌸 1 Mini MPS Citrus Berry,
🌸 1 Mini MPS Heritage &
🌸 1 Mini MPS Glory
.
Semua MPS ini sesuai digunakan sebagai wangian kereta, ruangan rumah dan bilik tidur, sebagai iron aid dan juga sesuai untuk menghalau serangga kecil seperti lipas dan semut.
.
MPS ini juga mengandungi pati essential oil yang sangat membantu untuk terapi diri melalui bauan yang segar dan menenangkan.
.
Contoh penggunaan:
************************
Gunakan Bauan Heritage dan Glory sebagai body mist atau ironing Aid menggosok baju untuk lebih rasa yakin dan elegan di pagi raya!

Gunakan Bauan Tropical Pandan yang segar untuk mengelakkan serangga seperti lalat dan semut pada juadah anda.

Gunakan Bauan Sweet Lavender dan Rose Sensation yang manis dan lembut di ruangan bilik dan ruang tamu.

Gunakan Bauan Citrus Berry di dalam kereta sebagai penyegar udara setelah seharian beraya agar lebih fokus memandu.
.
Jom dapatkan segera Set Limited Edition ini sebelum terlambat hanya pada harga RM50 sahaja!
.
#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife #multipurposespray #ramadhansyawal
---------------------------------
.
Sentiasa bersedia menerima order anda melalui PM/ Whatsapp 014-5476534
.
#naturalproduct #naturalsolution #naturalremedies #pureessentialoils
#stayNaturalstayOrganicstaySAFEstayHealthy
#SupportNaturalProducts
#poslaju #Malaysia #Brunei

Thursday 23 June 2016




Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad. Salam Jumaat semua. 😊

Hanya RM25 TAPI DAPAT TAHAN SELAMA 3 BULAN!!! 

Hari ni saya nak memperkenalkan produk Novau yang mana ianya adalah produk yang mendapat kepercayaan ramai dan menjadi rebutan semua! Salah satu sebab ianya mendapat tempat dihati orang adalah kerana produk ni dibuat dari bahan-bahan semulajadi dan bukan dari bahan kimia seperti deodorant yang lain. 

NOVAU adalah antiseptic deodorant spray yang terhasil dari 2 bahan iaitu energized water dan mineral salt. Tiada alkohol tiada ATC. Jika anda tergolong dalam list di bawah ini, dapatkan NOVAU kerana ia dapat mengatasi masalah bau badan anda.
.
■ mempunyai masalah bau badan
■ mempunyai masalah bau kaki
■ mempunyai kesedaran bahawa deodorant yang anda guna mengandungi bahan kimia yang merbahaya
■ tidak suka dengan deodorant sekarang yang melekit dan meninggalkan kesan kuning di ketiak baju
■ seorang yang kuat bersukan dan berkerja di tengah panas
■ pesakit yang kurang upaya/stroke
■ badan yang sering berpeluh
.
Jangan biarkan masalah bau badan menyelubungi anda. Dapatkan segera NOVAU sekarang!! 

-------------------------------------------

#Novau Series#

Novau BODY RM 25
.
Novau FABRIC RM 20
.
Novau FACE RM 55

Novau deodorant travel kit RM 7

UNTUK DAPATKAN PELBAGAI LAGI NATURAL PRODUCTS FROM HEAD TO TOE, CANTIK DALAM DAN LUAR DENGAN SEMULAJADI, BOLEH WASSAP SAYA YE.

Sentiasa bersedia berkhidmat dan menerima order anda melalui PM /Whatsapp 014-5476534. 😉
.
.
#naturalproduct #naturalsolution #naturalremedies #naturaldeodorant #naturalfabricspray #noacne
#stayNaturalstayOrganicstaySAFEstayHealthy
#chemicalfree
#preventionisbetterthancure 
#SupportNaturalProducts







Wednesday 7 November 2012

Mengambil berat tentang hati~ =)


Pemuda Islam mestilah mengambil berat tentang hatinya. Memberikan bekalan supaya ianya menjadi hati yang rabbani, yakin dan tenang.

Rasulullah saw telah menunjukkan begaimana cara mengambil berat tentang hati bagi menunaikan tanggungjawab risalah yang dipikulnya mengikut kadar cabaran yang dihadapi untuk membolehkan mereka melaksanakan peranan terpenting dalam melakukan perubahan itu.

Pertama: Zikrullah
Zikir atau mengingati Allah adalah menghidupkan hati. Ia membuang karat-karat dan melembutkan hati. sesuai dengan hadis Rasulullah saw:

' Setiap sesuatu itu ada pengilapnya, dan pengilap hati itu ialah zikrullah. Tidak sesuatu yang lain dapat melepaskan seseorang dari azab neraka Allah lebih dari zikrullah.' Al-Baihaqi.

Rasulullah saw telah meninggalkan kepada kita suatu manhaj atau cara berzikir kepada Allah yang meliputi semua kehidupan kita yang jika diamalkan oleh pemuda Islam ia akan menjadi sebagai hirupan udara atau memakan makanan. Benarlah Firman Allah swt:

"Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi pertukaran malam dan siang adalah menjadi tanda bagi mereka yang berfikir. Iaitu mereka yang selalu berzikir mengingati Allah baik waktu bangun atau duduk atau waktu tidur. Mereka itu berfikir tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata, 'Tuhan kami, tidaklah engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka lepaskanlah kami dari azab neraka; Tuhan kami, sesungguhnya mereka yang Engkau masukkan ke neraka ialah mereka yang telah engkau hinakan dan tiada bagi orang-orang yang zalim itu penolong. " S. 3. 190-192 45

Kedua: Bergantung Dengan Kitab Allah
Hubungan baik pemuda Muslim dengan kitab Allah iaitu pergantungan dan pembacaan mereka terhadap kitab Allah itu sambil mentadabhurkan ayat-ayat dan maknanya adalah jalan yang paling dekat kepada Allah. Ia juga merupakan dorongan paling kuat ke arah hubungan baik dengan Allah.

Di dalam satu wasiat Rasulullah saw kepada Abu Dzar al-Ghafari:

`Hendaklah engkau membaca A1-Qur'an, sesungguhnya ia adalah cahaya bagi kamu di bumi, dan Perbendaharaan bagi kamu di langit.'

Dalam hadis Rasulullah saw daripada Abdullah bin Masu'd:
`Al-Qur'an ini ialah hidangan Allah. Maka hendaklah kamu menghadapi hidangan itu. sekadar yang kamu mampu. A1-Qur'an ini tali Allah. Cahaya yang terang dan penawar yang berfaedah. Menjadi pengawal kepada mereka yang berpegang dengannya, melepaskan mereka yang mengikutinya. Ia membetulkan sebarang penyelewengan. Ia membetulkan sebarang perkara yang tidak betul. Keajaibannya tidak putus-putus. Bacalah A1-Qur'an kerana akan diberi ganjaran atas bacaannya, setiap huruf sepuluh kebaikan. Tidaklah ALIF LAM MIM itu satu huruf.'

Ketiga: Muraqabah Allah
Muraqabah (kawalan) Allah boleh memelihara pemuda Islam dari tergelincir malah memelihara mereka dari fitnah dan sentiasa hati mereka mendapat pertunjuk Allah dan bukannya dipandu oleh hawa nafsu. Oleh itu pemuda Islam hendaklah mengetahui tiga perkara:
* Perkara yang jelas kebaikannya hendaklah diikuti
* Perkara yang terang keburukannya hendaklah dijauhi.
* Perkara yang syubahat hendaklah ditanyakannya.

Muraqabah Allah Taala bertambah kukuh dan mendalam dalam jiwa pemuda Islam bersama tingkatnya rasa dekat (Qurb) dengan Allah. Firman Allah swt:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. " S. 50. 16

"Tidak ada satupun dari bisikan tiga orang, melainkan Ia yang ke empatnya, dan tidak lima orang melainkan Ia yang ke enamnya, dan tidak kurang dari itu dan tidak lebih, melainkan Ia bersama merekc di mana sahaja mereka berada, kemudian Dia akan beritahu kepada mereka pada hari kiamat apa-apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu. " S. 58. 7

"Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami dengar) dan utusan-utusan (malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka. "- S. 43. 80

Keempat: Mujahadah An-Nafs
Dalam skop persediaan kejiwaan, pemuda Islam akan mendapati pergolakan dalam dirinya; nafs-ammarah-bi-su' (nafsu jahat). Kalau tidak dikekang dengan taqwa sebagaimana perintah Allah dalam kitabnya:
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Allah dan menahan diri mereka dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. " S. 79. 40-41

"Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. " 'S. 91. 7-10

Oleh itu pemuda Islam mestilah sentiasa berjihad dengan diri mereka menghalang daripada makan, minum, berpakaian, kata-kata, pandangan, pendengaran dan syahwat yang berlebihan.

Memang benarlah sabda Rasulullah saw:

'Mujahid ialah mereka yang bersungguh-sungguh berjihad pada mentaati Allah.'

Ringkasnya, bahawa pemuda Islam diajak ke arah melakukan TAGHYIR ISLAMI (Perubahan secara Islam) dalam dirinya sebelum ia diajak ke arah mengubah masyarakatnya. Benarlah pula kata-kata Ali Bin abi Talib bila ia mengatakan:

`Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin manusia, hendaklah ia mula dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Hendaklah ia mengajar dengan cara perjalanan hidup sebelum mengajar dengan lidah. Orang yang dapat mengajar dan melatih diri sendiri itu lebih layak dihurmati dari mereka yang mengajar orang ramai.

Mereka yang sebenarnya mencapai kemenangan hakiki dalam medan perjuangan TAGHYIR ialah mereka yang mendapat keuntungan diri mereka walaupun pada lahirnya mereka rugi di dunia. Orang yang mendapat kerugian hakiki ialah mereka yang kalah dalam diri mereka walaupun mereka lahirnya mendapat keuntungan dunia.

3. Persediaan haraki:
Apa yang kita maksudkan ialah penyediaan pemuda Islam dan latihannya dengan apa yang berhubung dengan sudut harakah secara Islam, serta apa-apa yang berhubung dengan persekitaran dakwah, penyusunan (tarkib) serta masalahnya. Iaitu dengan mengkaji secara lebih baik melalui jalan-jalan ilmiah moden yang boleh kita pegang.

Persediaan haraki ini lebih merupakan latihan (munawarah) yang dilakukan oleh tentera-tentera dalam ujian ketenteraannya sebelum memasuki medan pertempuran yang sebenar. Tentera tanpa latihan sedemikian sudah pasti akan menerima kekalahan.

Medan amal Islami pada hakikatnya adalah medan peperangan dan jihad walaupun lain bentuk persenjataannya. Pemuda dalam medan dakwah adalah sebagai perajurit di medan perang. Semestinya mereka dilatih secara praktikal apa yang mereka pelaj ari sebelum turun ke medan cabaran yang lebih besar dan medan perteptangan hakiki.

Berapa ramai pakar profesional di banyak bidang ilmu pengetahuan yang ilmu mereka terkurung dalam tempurung kepala mereka dan sedikit sangat manafaat yang boleh didapati. Itu adalah natijah daripada kurangnya dalam bentuk amali.

Antara perkara yang hendak dijelaskan dalam persediaan haraki ini ialah: Mengkaji realiti harakah Islam, mengkaji realiti harakah jahiliyah mengkaji persekitaran dan masyarakat, mengkaji pusat sosial, ekonomi, politik yang menjadi cita-cita massa, mengkaji ilmu sains percubaan dan akhirnya melatih perkara berikut:

- Melatih mereka mentaati dan beribadat kepada Allah: iaitu sembahyang berjemaah, puasa bersama, haji bersama, menghadiri majlis-majlis ilmu, zikir, mengingati mati serta mengikuti sunnah dan memperkukuh hubungan dengan kitab Allah baik di segi bacaan, hafalan, tafsiran dan iltizam dengan sunnah Rasnlullah dan sunnah khulafa' Rasyidun.

- Melatih mereka dengan uslub (gaya) dakwah: seperti Uslub Taujih dan Irsyad (pengarahan dan pengajaran), uslub perbincangan secara objektif dan

Uslub Targhib (penggalakan) dan Tarhib (amaran) juga uslub penceritaan.

- Melatih mereka dalam soal tanzim (organisasi), perencanaan, pentadbiran, kepimpinan dan segala tanggungjawab (Masuliah).

- Melatih mereka menanggung kesusahan, menemui kepayahan dan menghadapi bahaya untuk memperkuatkan kecekalan mereka, kesabaran, dan mengentalkan kemahuan mereka sehingga tidak terjadi seperti kata maksud syair:
Hembusan bayu melukakan pipi,
Sentuhan sutera melukakan jari.

Akhirnya kata, peranan pemuda Islam hari ini ialah suatu peranan dan tanggungjawab yang berat, jalannya penuh dengan onak. Tanggungjawab mendirikan Islam dalam realiti kehidupan manusia hari ini memerlukan kepada generasi A1-Qur'an yang baru mengikut generasi Al-Qur'an pertama. Pada hari itu barulah orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah.

Kepada Para Pemuda Islam di semua tempat,
Kepada Generasi Islam yang melihat masa
depan yang lebih baik,
Kepada Pelopor Mukmin yang menjadi alat,
Kepada Perubahan Islam yang dicita-citakan.
Saya menghadiahkan Risalah ini
penuh cinta dan hormat...

FATHI YAKAN

Thursday 31 May 2012

WANT TO BE A BEAUTIFUL GIRL??? THIS IS THE SECRET~

Dear sisters in Islam, Assalamu Alaikum  Wa Rahmatullaahi Wa Barakatuhu,
Please take a look at this advice, so that you can stay attractive and beautiful for the rest of your life.
 
1-  To beautify your eyes, lower your gaze towards strange men, this will make your eyes pure and shiny.
2-  To beautify your face and make it shiny, keep doing wudhoo minimum five times a day.
3-  To have attractive lips, always mention Allah and remember to speak the truth.
4-  As for blush and rouge, "Modesty" (Haya') is one of the best brands and it can be found in any of the Islamic centers.
5-  To remove impurities from your face and body, use a soap called "Istighfaar". (seeking forgiveness of Allah) this soap will remove any bad deeds.
6-  Now about your hair, if any of you has a problem of hair split ends, then "Islamic Hijab" which will protect your hair from damage.
7-  As! for jewelry, beautify your hands with humbleness and let your hands be generous and give charity to the poor
8-  To avoid heart disease, forgive people who hurt your feelings.
9-  Your necklace should be a sign to pardon your fellow brothers and sisters.
If you follow these advices given to you by the Creator, you will have a beautiful and attractive inner and outer appearance. InshaAllaah.

Written By a Muslim Sister
Edited and Revised By Hamadi Al-Aslani
Jeddah Dawah Center