BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 30 May 2012

Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar blogku? Masih mengingati tuanmu ini? Terlalu lama rasanya diri ini tak meng'update' blog sendiri. Banyak perkara yang membuatkan kadang-kadang ana terlupa untuk update. Macam mana pun, alhamdulillah pagi ini ana berkesempatan jugak membuka blog yang dah lama terbiar sepi. Begitu banyak rasanya ujian dalam menghadapi hidup di kampus ini, cuma kita perlu pandai dan bijak untuk menyelesaikannya. Apapun prinsip yang utama, Cinta ALLAH. Semua perkara yang dibuat keranaNya sudah dikira ibadah. Tapi, ingat, yang menepati kehendak syara' la. Sempena bulan rejab ni jugak ana berharap diri ini dapat melatih nafsu untuk ke bulan-bulan yang seterusnya. Teringat doa sempena bulan yang mulia ni, " اللّهم باركلنا في رجب وشعبان وبلّغنا رمضان". Semoga bulan ramadhan akan sampai juga kepada kita nanti. Tak sabar menanti ramadhan kareem. =)  Bulan ramadhan bulan yang melatih diri untuk istiqamah melakukan amalan sunat pada bulan-bulan yang berikutnya.Semoga amalan-amalan sunat yang akan dilakukan nanti tidak terbiar dalam bulam ramadhan sahaja. Sampai di sini dulu coretan daripada ana. Post untuk tazkirah akan menyusul kemudian. Segala yang baik datang daripada ALLAH dan yang buruk juga datang daripada ALLAH, tapi disandarkan pada diri yang jahil ini. Wallahua'lam.

0 comments: