BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 23 February 2011

TENANGKAN HATIKU YA ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM...

segala puji bg ALLAH yg masih menghidupkan ana di muka bumi ALLAH ini.. dan syukur juga di atas nikmat yg dikurniakan olehNYA.. iaitu nikmat iman dan islam,,, antara nikmat yg paling besar dianugerahkan kepada hambaNYA.. ALLAH amat menyukai apabila dianugerahkan nikmat kepada hambanya, hamba tersebut mensyukuri nikmat tersebut.. biarlah aku menjadi hambaMU yg bersyukur ya ALLAH.. amin, ya rabbal alamin..

tanpa mengingati ALLAH, hati kita tidak akan merasa tenang, apatah lagi jika dimasukkan dgn perkara2 yg melaghakan diri.. ala bizikrillahi tatmainnal qulub.. hanya dgn mengingati ALLAH hati akn menjadi tenang.. tapi, ana sendiri xtau kenapa sejak kebelakangan ni, hati ana merasa tidak tenang sekali... lagi2 apabila duduk berseorangan, ada sahaja makhluk2 ALLAH yg ingin mengganggu fikiran. dicucuk dgn pelbagai hasutan liar yg akan menjerumuskan diri ke arah kejahatan dan kesesatan, wal iya zubillah...

walaubagaimanapun, ana tetap cuba sedaya upaya menepis hasutan sesat yg dilemparkan oleh makhluk ALLAH yg satu tu. semoga KAU memberi kekuatan kepadaku ya ALLAH.. bila berfikir sejenak, mungkin kerana diri ini yg menjadi jauh dgn penciptanya.. atau mungkin juga kerana dosa yg bertimbun menjadikan hati ini xtenang.. wallahua'lam..


kerana inginkan kenikmatan dunia yg sekejap telah menjadikan ana lalai dan leka dgn kenikmatan di akhirat.. astaghfirullah.... ampunkan dosa2ku ya ALLAH.. memang benar apa yg dikatakan bahawa hanya dgn mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.. ketika hati ini xtenang, ana cuba membelek, membaca dan menghayati makna surat2 cinta yg ALLAH berikan kepada hambanya.. sejenak selepas itu, ana merasa begitu tenteram dgn ayat2 cintaNYA yg menusuk ke qalbu sehingga berlinanglah air mata membasahi surat cinta tersebut.. betapa besar kasih sayangMU kepada hambamu ya ALLAH, walaupun ada di kalangan hambaMU  yg tidak bersyukur dgn anugerah yg diberikan, namun, KAU tidak membezakan kasih yg KAU berikan kpd mereka. subhanallah...


walaupun ada di kalangan manusia yg melupakan cintaMU, kerana inginkan cinta makhlukMU melebihi segala2nya.. KAU tetap berlaku adil kepada hambaMU.. biarlah hati ini hanya menjadi milikMU... terimalah cintaku kepadaMU ya ALLAH.... berikanlah cintaMU kepadaku sehingga aku merasa tenang dan tenteram dalam melayari hidup yg masih berbaki ini.... hanya kepadaMU aku meminta... amin ya rabbal alamin...

Saturday 19 February 2011

AHLAN WASAHLAN BUAT DIRIKU..

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya ana berjaya mereka dan membuat satu blog yg dibantu oleh kak raja. syukran jazilan kak raja! =) disebabkan ana masih baru di sini, ana harapkan tunjuk ajar daripada senior2 blog yg dah lama berpengalaman dalam menguruskan blog ni. almaklumlah, saya budak baru belajar kalau salah tlg tunjukkan dan perbetulkan. dalam fikiran ana, org yg membuat blog ni pasti ada byk ilmu yg ingin dicurahkan kpd org lain. ana pun masih di alam pembelajaran, jadi, insyaALLAH, ana akan berusaha menjadi org yg boleh menjadi manfaat kpd org lain. moga2 dikabulkan, aminn.. mungkin sampai di sini dahulu post pertama ana dlm blog ni..wassalam.